PENGUATKUASAAN AKTA PERKHIDMATAN BOMBA DAN LIABILITI PENGHUNI
KEBAKARAN MEMBINASAKAN!
Kebakaran sering berlaku di merata tempat di dunia. Kadang-kadang ia tidak dapat dielak jika disebabkan oleh Natural Cause iaitu kemalangan seperti kilat dan sebagainya. Walaupun begitu, dalam kebanyakan kes, kebakaran boleh dicegah ataupun jika berlaku kebakaran sekalipun, kemalangan jiwa dapat dielakkan dan kerosakan harta benda mungkin dapat diminimakan.
"PENGETAHUAN TENTANG ASAS PENGAWASAN KEBAKARAN MAMPU MEMBANTU MENGELAKKAN KEHILANGAN NYAWA DALAM KEBAKARAN"
![]() |
Contoh Kebakaran Bangunan Tinggi |
APA ITU BAHAYA KEBAKARAN?
"Seksyen 2 Akta Perkhidmatan Bomba 1988"
INGIN MENCARI BUKU TENTANG PENGUATKUASAAN?
(lihat penjelasan di bawah)
- Bahaya kebakaran adalah isu yang sangat penting untuk diketahui oleh setiap lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, penulisan ini akan mengupas bagaimana mengenalpasti dan ‘menghapuskan’ bahaya kebakaran. Seterusnya, buku ini akan menerangkan tentang liabiliti ‘jenayah’ mana-mana orang yang melanggar Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran (Notis Borang A).
- Terdapat banyak buku yang menyentuh tentang aspek Keselamatan Kebakaran khususnya tentang perlindungan pasif dan aktif. Namun buku ini dibuat khas bagi memberikan pendedahan kepada pembaca tentang aspek penguatkuasaan dan penyiasatan kesalahan di bawah akta. Topik pendakwaan juga dikupas Bagi pembaca yang ingin mengetahui tentang perjalanan menghadapi pertuduhan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (pindaan 2018)
- Buku ini juga menyentuh tentang pembudayaan keselamatan kebakaran di premis masing-masing. Selain itu, konsep Pengawasan Kebakaran yang merangkumi Pencegahan Kebakaran dan Perlindungan Kebakaran turut diterangkan sebelum bab akhir buku ini. Di bab akhir, penulis membincangkan aspek cabaran-cabaran dalam penguatkuasaan.
Siapa yang sesuai memiliki buku ini?
- Jurutera, Arkitek, Peguam, Kontraktor, Pemilik Bangunan, Pengurus Bangunan, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pengurusan Sekolah, pengurus asrama, Pengusaha Hotel dan Penginapan, Pemunya Premis Ditetapkan, Pegawai Bomba, Pelajar dan mana-mana orang yang ingin mengetahui tentang asas sains api, asas undang-undang bangunan, konsep keselamatan kebakaran, hak-hak di bawah undang-undang sivil (tort) dalam kes kebakaran, penguatkuasaan dan pendakwaan.
- Katakan pembaca adalah seorang usahawan yang ingin membina bangunan perniagaan. Buku ini menjelaskan keperluan-keperluan asas yang perlu dikemukakan ke JBPM bagi tujuan kelulusan atau perakuan. Buku ini diharap dapat memberikan maklumat asas kepada usahawan terutama sekali untuk tujuan pematuhan kepada Undang-Undang Bangunan Seragam 1984 (pindaan 2012).
- Katakan pembaca adalah Pengurus atau Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan. Buku ini mengandungi maklumat tentang pengawasan kebakaran iaitu perlindungan kebakaran dan pencegahan kebakaran. Selain itu, buku ini dimuatkan dengan perlaksanaan penguatkuasaan ke atas bangunan melalui pemeriksaan Penghapusan Bahaya Kebakaran dan Perakuan Bomba. Diharap buku ini akan menjadi rujukan berguna kepada pembaca dalam bidang ini.
- Katakan pembaca adalah seorang pemunya Premis Ditetapkan. Buku ini menjelaskan tentang keperluan-keperluan yang perlu dilakukan bagi mendapatkan sijil perakuan bomba bagi bangunan. Kini penubuhan Organisasi Keselamatan Kebakaran di Premis ditetapkan adalah satu keperluan mandatori di mana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan samada pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya didakwa di mahkamah.
- Katakan pembaca adalah penghuni (didefinisikan sebagai orang yang mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas sesuatu premis). Penghuni boleh dimaksudkan sebagai pengusaha hotel, pengurusan sekolah, kontraktor, pemilik kilang, pemilik kedai dobi layan diri atau apa-apa juga nama yang sesuai dengan syarat ia merujuk kepada konsep ‘kawalan’ menurut undang-undang. Buku ini menerangkan tentang apakah liabiliti penghuni dalam aspek penguatkuasaan Akta Bomba. Buku ini juga menjelaskan tentang liabiliti penghuni premis jika berlaku kebakaran, penghuni mungkin berhadapan dengan tindakan sivil samada tort kecuaian, tanggungan tegas(Rylands V Fletcher) atau tanggungan penghuni. Diharap buku ini akan memberi manafaat mana-mana orang yang memerlukan panduan asas tentang keselamatan kebakaran di premis masing-masing.
ROGERS TIAM @ ALOYSIUS
Bac. Juris (Hons) Law Faculty University of Malaya, Dip. Engineering (Emergency & Safety) UPM, Dip. (Exec) Law Enforcement ILKAP-UiTM, Dip. Fire Science (2006) FRAM, NFPA 1041-L2.
- Tajuk : Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Bomba (Akta 341) & Liabiliti Penghuni
- Penulis : Rogers Tiam @ Aloysius & sumbangan idea dari Azahar Bin Rabu
- Harga : E-Book : RM 35.00; Buku: RM 80.00
- ISBN : 978-983-3356-85-0
- Cara pembelian :
1) Bank in amaun ke :
86 0140123 7 (CIMB)
RO ABADI SUPPLIES
2) SMS : 0111 - 8818455
Email: shoproas@gmail.com
Nama Pembeli :
Tarikh & Masa :
Email Pembeli :
Alamat Penghantaran:
86 0140123 7 (CIMB)
RO ABADI SUPPLIES
2) SMS : 0111 - 8818455
Email: shoproas@gmail.com
Nama Pembeli :
Tarikh & Masa :
Email Pembeli :
Alamat Penghantaran:
TERIMA KASIH....
Semoga mendapat informasi dari buku ini.
ReplyDelete